merupakan satu insentif baharu di bawah PRE Selangor Prihatin Fasa Dua yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk membantu mengurangkan beban para frontliners dalam penjagaan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan bagi menggalas tanggungjawab terhadap negeri dan negara.
Bantuan insentif ini akan diberikan kepada 2,500 orang petugas frontliners yang berkhidmat di jabatan/agensi kerajaan di Selangor yang perlu bekerja dan pada masa yang sama terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Kadar bantuan bernilai RM 150 akan diberikan untuk seorang anak bagi tempoh 2 bulan (Mac dan April 2020).
Pemberian bantuan ini terhad kepada 2 orang anak sahaja bagi sesebuah keluarga. Penyaluran insentif akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon dalam 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diluluskan.
Permohonan online boleh dibuat mulai 20 April 2020 dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan bermula pada 20 April 2020 seperti berikut di talian 03-5481 8800 / 011-3158 3804 / 011-2714 5515 (Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau emel di pertanyaan.yawas@gmail.com