Syarat dan Cara Permohonan IPAF

Syarat-syarat Kelayakan IPAF

  1. Terhad kepada 2 orang anak sahaja yang berusia bawah 12 tahun untuk satu keluarga.

  2. Berkhidmat sebagai frontliners di jabatan/agensi kerajaan di Selangor.

  3. Bekerja di perkhidmatan penting Negara. Keutamaan diberikan kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Polis Di Raja Malaysia Selangor dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Selangor.

  4. Jumlah pendapatan isi rumah RM 5,000 DAN ke bawah.

Proses Permohonan IPAF

  1. Permohonan boleh dibuat bermula 20 April 2020 secara atas talian (online) di laman web http://asuhpintar.yawas.my/

  2. Pemohon dikehendaki mencetak borang permohonan online tersebut bagi mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan di tempat pemohon bekerja

  3. Borang permohonan online yang telah disahkan beserta dokumen sokongan yang lain hendaklah dihantar melalui email di daftaripaf@gmail.com

  4. Pemakluman LULUS akan dimaklumkan melalui emel bagi permohonan yang lengkap dan menepati syarat.

  5. Wang akan dikreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lulus

  • * Pemohon perlu menghantar DOKUMEN YANG LENGKAP Dalam masa 14 hari setelah membuat permohonan. Permohonan akan dikira GAGAL sekiranya dokumen tidak diterima